Kota Bharu – Bandaraya Islam

Salam. Sebenarnya Mek tak pandai sangat mengarang tapi kalau ambil gambar Mek suka. Jadi… rasanya Mek akan banyak masukkan gambar dalam blog Mek ni. Insya-Allah Mek akan cuba masukkan pelbagai gambar tentang PEMBANGUNAN di sekitar bandar kesayangan Mek iaitu KOTA BHARU-BANDARAYA ISLAM (KB-BRI). Kalau ada yang kata Kelantan ni tak membangun, Mek akan kata, MATA DIA BUTA!

Plaza Sri Intan Yang ini bangunan baru berdekatan Hotel Riverview, namanya kalau tak silap Mek ialah Plaza Sri Intan. Rasanya bangunan apartmen-plaza ini siap tahun lepas sebab masa Mek berurusan di kedai jahit berdekatan bulan Dis lepas, baru Mek lihat bangunan ni. Besar macam yang Mek lihat di Penang dulu, depan USM.

Hotel New Pacific Ini pula Hotel New Pacific di Jalan Pengkalan Chepa berdekatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (atau Hospital Kota Bharu). Hotel ni rasanya bertaraf 4/5 bintang.

Hospital Pakar Perdana dan Kota Bharu Trade Center Gambar ni Mek ambil masa memandu dan jalan sedang jem. Masa ni kereta Mek di hadapan Wisma Polis Kelantan dan bangunan Wisma Persekutuan Kelantan. Dalam perjalanan nak ke pusat bandar. Nampak cantik je pandangan kat depan, terus je Mek guna HP untuk tangkap gambar Hospital Pakar Perdana dan bangunan KB Trade Center yang dalam pembinaan, rasanya bangunan utama dah siap (yang ada kubah tu) dan kini sedang dibina bangunan apartmen di sebelahnya.  Kalau perasan, di hujung yang kecik tu ialah sebahagian dari bangunan Hotel Perdana.

~ by mekkelate on February 14, 2008.

One Response to “Kota Bharu – Bandaraya Islam”

  1. Mek, chemek nok wat link posting ni deh .. :) nanti bila siap chemek royat ko mek.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.