Hari Jumaat di Kota Bharu

Para pendengarPara pendengarHari Jumaat ialah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh sesetengah rakyat Kelantan. Apakah yang membuatkan mereka ni tertunggu-tunggu? Ya, sebenarnya pada hari Jumaat, Tok Guru akan berkuliah di pusat bandar Kota Bharu. Semalam Mek dan suami sempat bersama-sama orang lain mendengar kuliah Tok Guru di hadapan Bangunan PAS Kelantan iaitu di atas Jalan Dato’ Pati.

Para pendengarRamai sungguh orang yang datang. Mek dapat rasakan keseronokan yang amat kerana kali ini Mek dapat duduk berdekatan dengan pentas Tok Guru menyampaikan kuliah. Kalau Mek ni lelaki, dah tentu Mek berusaha untuk duduk di atas pentas, betul-betul di hadapan Tok Guru. Barulah betul berguru namanya.

Mek sempat berjumpa pimpinan Muslimat negeri yang kini telah bergelar YB, seorangnya Ahli Parlimen, seorangnya ADUN dan seorang lagi Senator. Mudahnya nak dekati mereka. Apa lagi, Mek pun ambil peluanglah bersalam dan bertanya khabar dengan ketiga-tiga. Besar sungguh harapan Mek kepada mereka bertiga. Sebenarnya Mek tercari-cari juga kot-kot YB ADUN Muslimat yang seorang lagi ada, tapi tak kelihatan. Nak bertanya seganlah pula.

Oleh kerana asyik melihat suasana sekeliling kerana dah lama tak ikut ke kuliah jumaat, Mek terlalai dari mendengar buah bicara Tok Guru. Jadi maaflah, tak dapatlah Mek nak ulas serba sedikit. Terukkan Mek ni.

~ by mekkelate on March 15, 2008.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.