Marilah Muhasabah Diri

•November 1, 2008 • Leave a Comment

Marilah muhasabah diri kita..

Renungan Kehidupan Harian

Posted on Friday, May 02 @ 16:19:11 EDT by admin

Gambar sekadar hiasan

Kehidupan yang sebenarnya ialah berlandaskan Quran dan Sunnah. Usahlah kita terus melompat dan kata sini tak betul dan sana tak betul. Yang pentingnya untuk langkah yang pertama ialah memperbetulkan diri kita sendiri. Lepas itu keluarga kita dan selepas itu barulah jiran, masyarakat dan sahabat handai.

Berikut adalah renungan bagi kehidupan kita:

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 – 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang dibuang dalam tong sampah, kalau mati dah tentu masuk syurga dan kalau hidup dan dibesarkan oleh keluarga yang beriman insyaallah ke syurga jua la dia. Bagi anak yang tidak dibuang tetapi tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain.)

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Sumber: mama44yang @ yahoo dotcom (mailing list Ummiku Sayang tahun 2003)

Pesta Flora Menarik Pelancong Dalam dan Luar

•April 1, 2008 • Leave a Comment

florafestflorafestPENGKALAN CHEPA, 30 Mac (Hrkh) – Pesta Flora yang diadakan setiap tahun sejak 1993 sempena hari Keputeraan Sultan Kelantan menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara datang ke Kelantan.

Tahun ini merupakan kali ke-16 pesta itu diadakan di Taman Orkid Tengku Anis di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Setiap tahun dianggarkan seramai 50,000 pengunjung datang ke pesta itu bagi menyaksikan pelbagai jenis bunga dan hiasan lanskap yang menarik.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 17 acara disediakan pada pesta tahun ini merangkumi pertandingan, pameran dan pelbagai aktiviti lain.

“Ia diadakan bermula 31 Mac hingga 9 April iaitu selama 10 hari bagi memberi peluang kepada orang ramai datang menyaksikan bunga yang dipamerkan,” katanya pada sidang media di Taman Orkid Tengku Anis, di sini semalam.

Pelbagai jenis bunga dipertandingkan termasuk juga foto ragam kanak-kanak. Selain itu Klinik Flora yang dikendalikan Jabatan Pertanian Kelantan turut diadakan, ia merupakan acara baru.

Klinik flora diadakan untuk memberi penerangan kepada pengunjung berhubung teknik menjaga flora atau bunga-bungaan.

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan merasmikan pesta tahunan tersebut esok, jam 10 pagi.

Sempena perasmian pesta ini turut diketengahkan pertandingan lanskap-lanskap menarik milik 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dari seluruh Kelantan, ujarnya.

Beliau berkata, pertandingan lanskap tahun ini bertema ‘Lanskap Identiti Bangsa’ bermotifkan seni bina zaman dahulu meliputi gambaran pada rumah, peralatan, halamannya melambangkan warisan Melayu lama.

Selain itu katanya diadakan pertandingan bunga khas, di mana jawatankuasa pertandingan memilih bunga kantan sebagai ikon untuk digubah peserta.

Antara proram yang cukup sinonim setiap tahun termasuk pertandingan gubahan bunga yang meliputi bunga ros, kaktus dan aerobatik.

“Selain itu diadakan juga pertandingan melukis pra-sekolah, memasak ikan air tawar dan memancing yang akan turut disertai Raja Perempuan Kelantan,” katanya.

Manakala pertandingan keindahan premis makanan dan penginapan juga diadakan melibatkan kategori hotel, tandas awam dan keindahan pejabat PBT.

Di Taman Orkid itu juga disediakan taman rama-rama dan taman bunga sebagai tarikan sampingan kepada pengunjung. – mj

Sumber: Harakahdaily.net

Kelantan Membangun

•March 24, 2008 • Leave a Comment

Papan tanda gergasi

 Papan iklan gergasi yang terdapat di sekitar Kota Bharu.

img_0869.jpg

Hari Jumaat di Kota Bharu

•March 15, 2008 • Leave a Comment

Para pendengarPara pendengarHari Jumaat ialah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh sesetengah rakyat Kelantan. Apakah yang membuatkan mereka ni tertunggu-tunggu? Ya, sebenarnya pada hari Jumaat, Tok Guru akan berkuliah di pusat bandar Kota Bharu. Semalam Mek dan suami sempat bersama-sama orang lain mendengar kuliah Tok Guru di hadapan Bangunan PAS Kelantan iaitu di atas Jalan Dato’ Pati.

Para pendengarRamai sungguh orang yang datang. Mek dapat rasakan keseronokan yang amat kerana kali ini Mek dapat duduk berdekatan dengan pentas Tok Guru menyampaikan kuliah. Kalau Mek ni lelaki, dah tentu Mek berusaha untuk duduk di atas pentas, betul-betul di hadapan Tok Guru. Barulah betul berguru namanya.

Mek sempat berjumpa pimpinan Muslimat negeri yang kini telah bergelar YB, seorangnya Ahli Parlimen, seorangnya ADUN dan seorang lagi Senator. Mudahnya nak dekati mereka. Apa lagi, Mek pun ambil peluanglah bersalam dan bertanya khabar dengan ketiga-tiga. Besar sungguh harapan Mek kepada mereka bertiga. Sebenarnya Mek tercari-cari juga kot-kot YB ADUN Muslimat yang seorang lagi ada, tapi tak kelihatan. Nak bertanya seganlah pula.

Oleh kerana asyik melihat suasana sekeliling kerana dah lama tak ikut ke kuliah jumaat, Mek terlalai dari mendengar buah bicara Tok Guru. Jadi maaflah, tak dapatlah Mek nak ulas serba sedikit. Terukkan Mek ni.

Susahnya nak tumpukan perhatian

•March 3, 2008 • Leave a Comment

Hmmm…..susahnya Mek nak tumpukan perhatian pada pelajaran di musim pilihanraya (PR) ni. Di saat-saat parti memerlukan kita dan pejabat juga mengharapkan kita bekerja dengan jujur, bisnes pun tak sempat nak tengok, alih-alih ada 3 tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar sehari sebelum PR. 

Arghhhhh…. letihnya minda memikirkan boleh atau tidak Mek membahagikan masa dengan baik dan jujur agar amanah yang dipikul tidak satu pun terlalai. Nasib Mek agak baik sebab rakan setugas dan bos di pejabat memberi kelonggaran untuk Mek menyiapkan tugasan di waktu pejabat asalkan tugas pejabat pada hari tersebut diselesaikan terlebih dahulu. Terima kasih pada mereka yang memahami.

Masalahnya ialah bila Mek layari internet untuk cari bahan, tangan ni mesti ‘gatal’ untuk buka laman harakahdaily, kickdefella, saifulislam, kelantankini dan beberapa blog berkaitan PR. Bimbang sebenarnya, takut tak sempat siap bila sampai tarikh akhir. Terpaksalah Mek paksa juga diri ni agar cepat-cepat kembali kepada matlamat sebenar … buat tugasan.

Alangkah bagusnya kalau tutor-tutor di univ. Mek tu tangguhkan seminggu lagi tarikh akhir, insya-Allah tugasan Mek akan siap dengan lebih baik dan banyak rujukan. Nak buat macamana, inilah dunia kerja-bisnes-belajar-dakwah.

Selamat Berjuang Mek!!!

Lampiran: Komunikasi Berkesan

Dikir Barat 18 Tahun Tok Guru Pimpin Kita

•February 29, 2008 • Leave a Comment

Sumber: www.youtube.com/rebel7th

Papan Iklan di Kelantan

•February 29, 2008 • 1 Comment

Didikan agar kaum wanita menutup aurat telah lama dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Sementelah pula amalan ini adalah suruhan agama yang termaktub di dalam Al-Qur’an Al Karim di dalam Surah Nur ayat 31. Lihatlah apa yang terdapat di Kelantan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Tidakkah sejuk mata memandang dan amat terasa kesungguhan Kerajaan Parti Islam untuk menyarbiah rakyatnya secara peraturan di papan iklan.

Iklan Tutup Aurat

Iklan RHB Islamic Bank

Iklan XPac

Iklan AmAssurance

Iklan Sunsilk

Sumber: raykinzoku.fotopages.com

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.